Hubungan Malaysia-China terbina atas ikatan rasa saling menghormati, persefahaman

2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sampaikan ucapan pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Komuniti Perniagaan Malaysia - China/Foto RTM

KUALA LUMPUR,20 Jun-Malaysia tidak tergugat dengan tekanan mana-mana pihak yang mengkritik hubungan dua halanya dengan China.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Malaysia berpendirian neutral dan melihat persahabatan dengan China sebagai bermakna.

Skop kerjasama dua hala Malaysia-China kini diperluas merangkumi TVET,AI dan digital.

Malah kedua-dua negara menekankan kepentingan untuk memahami dan menghargai perbezaan budaya dan agama.

"Malaysia mempunyai pendirian neutral,mempunyai keazaman untuk bekerjasama dengan semua negara dan dengan China.

"Kami melihat Perdana Menteri Li Qiang sebagai rakan kerjasama. Kita akan buktikan kepada dunia bahawa persahabatan ini adalah bermakna",katanya ketika Majlis Makan Tengah Hari Bersama Komuniti Perniagaan Malaysia-China hari ini.

Sementara itu,China menyokong penuh Malaysia mengambil peranan pengerusi ASEAN tahun depan.

Sejajar itu,kedua-dua negara akan terus mempromosi pelaksanaan berkualiti tinggi perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau .

Keduanya turut berharap Rundingan Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 dapat dipercepatkan.

Dalam pada itu,kedua-dua pemimpin turut menyokong penuh penyelesaian yang komprehensif dan adil bagi situasi di Gaza.

Kedua-dua pihak turut bersetuju,rakyat Gaza perlu diberi perlindungan sesuai dengan undang-undang antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin turut menggesa Palestin diberi keahlian penuh oleh Majlis Keselamatan PBB.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.