Kerja pembersihan di pantai Johor diteruskan

2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pantai Sungai Rengit,Pengerang,yang dicemari tompokan minyak

KOTA TINGGI,21 Jun- Kerja-kerja pembersihan susulan insiden tumpahan minyak di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia,di sini,Johor,diteruskan hari ini.

Ia membabitkan pencemaran di sepanjang satu kilometer (km) garis pantai,dengan anggaran 400 tan tumpahan minyak.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,Ling Tian Soon memaklumkan,syarikat kontraktor telah dilantik untuk menggerakkan kerja-kerja pembersihan bermula pukul 9.30 pagi tadi.

Pemantauan berterusan juga dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor,Pejabat Daerah Kota Tinggi,Jabatan Laut dan agensi lain. Jabatan Alam Sekitar Singapura turut menyumbang kepakaran bagi memastikan insiden terbabit dapat diselesaikan dengan berkesan.

Jumaat lepas,sebuah kapal Vox Maxima dari Belanda melanggar kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura di Terminal Pasir Panjang,Singapura yang menyebabkan tumpahan kira-kira 400 tan minyak bahan api marin (MFO) 380 sulfur rendah.

Kejadian berkenaan telah menjejaskan kawasan perairan Johor terutama Sungai Rengit,di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.