KPT jalin kerjasama dengan pemain industri sedia tenaga kerja E&E

2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

BAYAN BARU,25 Jun- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjalinkan kerjasama dengan pemainindustridalam menyediakan tenaga kerja yang memenuhi keperluan sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,melalui perbincangan dua hala mengenai keperluan sektor itu,beliau mendapat maklum balas yang positif daripada pihak industri dan bersedia memenuhi keperluan tenaga kerja selaras dengan keperluan industri.

"Tadi kita dapat lihat bagaimana mereka mahukan supaya hubungan Yang baik Yang dapat dijalankan dengan pihak kita khususnya dalam kita merencanakan program program untuk keperluan bidang industri yang ada di sini.

"Alhamdulillah,jadi kita lihat satu interaksi yang begitu aktif sekali dengan mereka dan saya mendapat maklum balas daripada mereka. Mereka yang mempunyai pengalaman pengalaman yang besar dalam bidang E&E ini," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama E&E Industri di sini.

Tumpuan meningkatkan penyediaan kemahiran tenaga kerja dalam bidang E&E diberikan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan dimensi baharu kepada pendidikan selaras dengan pembangunan negara.

Dalam pada itu KPT juga komited dalam menyediakan bakat masa depan negara dengan pengetahuan dan kemahiran termaju yang diperlukan untuk menyokong teknologi yang berubah dengan pesat dalam industri E&E.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.