Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,24 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM36.64 bilion daripada RM38.62 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM26.38 bilion daripada RM21.64 bilion sebelum ini.

Awal hari ini,BNM menjalankan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM26.4 bilion,kedua-duanya untuk wang sehari.

Setakat 23 Julai,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.