PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera

2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KOTA TINGGI,26 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan.

Selain langkah tersebut,keluasan perumahan tersebut juga dinaik taraf daripada 600 kepada 680 kaki persegi.

"Kita mempunyai konsep sewa untuk beli ertinya bayaran sewa itu akan ditukar menjadi sebahagian daripada pembayaran untuk pemilikan rumah-rumah berkenaan.

"Secara tidak langsung ini akan mengurangkan beban kepada penghuni rumah itu yang akhirnya menjadi pemilik mutlak apabila penukaranini dapat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Rumusan Pemukiman Program Utama Kementerian,di Desaru,di sini.

Bagi tahun 2024,KKDW telah memperuntukan RM460.4 juta bagi pembinaan 3,000 unit PPRS baharu,dan membaik pulih 12,600 unit kediaman berkenaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.