Belanjawan 2025 beri tumpuan isu kos sara hidup

2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,6 Ogos- Menangani dan mengurangkan kos sara hidup akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentangkang di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.

"Gula,minyak,tepung dan minyak masak kita murah. Namun bagi rakyat di Malaysia ini masih merasa terbeban. Dia tak banding dengan Thailand,Singapura dan Indonesia.

"Sebab itu dalam belanjawan ini,selain daripada isu-isu yang kita bicarakan,masalah kartel,monopoli,punca kenaikan harga barang seperti baja dan biji benih harus kita tangani.

"Kementerian Kewangan harus memikirkan usaha ke arah itu dengan merentas kementerian," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi rentas kementerian,ia dilihat sebagai usaha dalam memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.