Program 'Creators IRL', inisiatif perangi penipuan dalam talian

2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

KUALA LUMPUR,8 Ogos -Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Meta Platforms,Inc. dan CelcomDigi melancarkan program rintis,Creators IRL (In Real Life) bertujuan untuk menangani isu keselamatan dan penipuan dalam talian.

Pada acara pelancaran,lebih 30 pencipta kandungan berpengaruh di Malaysia bersama-sama pihak berkepentingan industri utama berjaya dihimpunkan,sekali gus menandakan permulaan usaha bersepadu untuk melengkapkan pencipta kandungan dengan pengetahuan,peralatan dan pengalaman untuk memerangi ancaman dalam talian seterusnya menggalakan keselamatan digital.

Menurut pegawai program,Onsya Boak dalam satu kenyataan,pelancaran program berkenaan memberikan gambaran sekilas tentang program felo untuk pencipta kandungan,menampilkan perbincangan panel dinamik bersama pakar berpengalaman dari Meta,CelcomDigi,dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum).

"Panel tersebut telah mengupas isu kritikal yang membelenggu dunia digital seperti penipuan dan keselamatan kanak-kanak dalam talian,serta memberikan wawasan dan strategi berharga untuk melindungi pengguna dalam talian.

"Susulan itu,para hadirin mengambil bahagian dalam bengkel amali penciptaan kandungan,dikendalikan oleh REV Media,yang menawarkan panduan praktikal dalam menangani isu keselamatan dalam talian yang serius melalui penciptaan kandungan berimpak secara kreatif untuk menarik minat penonton",menurut kenyataan itu.

Boak turut menjelaskan Creators IRL adalah sebuah program felo transformatif selama tiga bulan untuk 10 pencipta kandungan terpilih. Jelasnya,pencipta kandungan berpeluang untuk mendalami teknik penciptaan kandungan mutakhir,menekankan strategi tingkah laku dan keselamatan dalam talian daripada pakar industri terkemuka.

"Mereka akan memperolehi pandangan praktikal melalui lawatan ke organisasi dan institusi utama yang terlibat dalam sfera digital,menjalin rangkaian dengan pegawai kerajaan,pemimpin korporat,dan rakan pencipta kandungan untuk membina hubungan dan perkongsian yang tidak ternilai",jelas Boak.

Tambahnya,Program Creators IRL turut menyediakan geran sokongan berjumlah RM80,000 untuk pencipta kandungan terpilih bagi menghasilkan kandungan berimpak tinggi yang berupaya memacu perubahan terhadap isu keselamatan dalam talian.

Pencipta kandungan yang berminat dan berhasrat menjadi sebahagian daripada program transformatif Creators IRL boleh menghantar penyertaan anda di onlinesafetyirl.com.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.