Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,15 Ogos- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis berikutan aktiviti membeli pada harga rendah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh harga minyak soya yang kukuh.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,650 dan paras rintangan pada RM3,800," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 berada pada RM3,890 setiap tan metrik,September 2024 melonjak RM45 kepada RM3,863 setiap tan metrik dan Oktober 2024 meningkat RM31 kepada RM3,754 setiap tan metrik.

November 2024 meningkat RM15 kepada RM3,696 setiap tan metrik manakala Disember 2024 naik RM12 kepada RM3,687 setiap tan metrik dan Januari 2025 melonjak RM10 kepada RM3,676 setiap tan metrik.

Jumlah dagangan merosot kepada 60,491 lot daripada 80,359 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 225,038 kontrak daripada 224,541 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan naik RM20 kepada RM3,920 setiap tan metrik- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.