2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto: JBPM
KUALA LUMPUR,23 Ogos- Seorang wanita warganegara India tertimbus selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8 meter di hadapan Masjid India,di sini,pagi ini.
Menurut Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur,Mohd Riduan Akhyar pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.22 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.
“Seramai 15 anggota dari BBP Titiwangsa dan BBP Hang Tuah digerakkan bersama jentera FRT-2 dan RIM-2.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat seorang mangsa wanita dewasa warganegara India berumur 48 tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah. Kedalaman lubang dianggarkan 8 meter,” katanya dalam kenyataan.
Ujarnya,tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh Unit STORM dan Unit Pengesan (K9).
“Maklumat selanjutnya akan dikemaskini dari masa ke semasa,” tambahnya.