Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,23 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah pada tengah hari Jumaat,seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada waktu rehat tengah hari,Ogos 2024 susut 4.5 mata kepada 1,644.5; September 2024 turun 5.5 mata kepada 1,625.0; Disember 2024 berkurangan 6.5 mata kepada 1,629.0 dan Mac 2025 menguncup 7.5 mata kepada 1,617.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,446 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 47,275 kontrak.

Setakat 12.30 tengah hari,indeks FBM KLCI turun 0.29 peratus atau 4.86 mata kepada 1,636.80 daripada 1,641.66 pada akhir dagangan semalam. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.