Kod AIGE dilancar pada September

2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Chang Lih Kang

SEGAMAT,24 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan melancarkan Kod Etika dan Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AIGE) pada 19 September depan.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata,garis panduan serta peraturan kerangka kerja kawal selia bagi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu akan diperincikan supaya dipatuhi semua sektor.

Perkara itu susulan terdapat banyak aduan diterima berkaitan penyalahgunaan AI,yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan manipulasi.

"...ada yang disalahgunakan oleh penipuan dalam talian dan dia juga ada beberapa kesan negatif kepada masyarakat.

"...dan itu sebabnya penting untuk kita ada satu kerangka kerja untuk memastikan teknologi ini dikawal selia dengan baik," kata Chang Lih Kang.

Pada 20 Jun lalu kerajaan mengiktiraf keperluan untuk mewujudkan sebuah kerangka kerja kawal selia,diselia oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menangani cabaran-cabaran etika dalam teknologi AI.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.