Anwar mengadap Sultan Brunei di Istana Nurul Iman sempena ACL

2024-08-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Istana Nurul Iman,Bandar Seri Begawan

BANDAR SERI BEGAWAN,26 Ogos- Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Nurul Iman,bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ACL) kali ke-25 di sini.

Datuk Seri Anwar tiba di Istana Nurul Iman pada pukul 11.00 pagi tadi.

Perdana Menteri dan Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan pertemuan empat mata,bagi membincangkan pelbagai isu,termasuk meneliti semula kemajuan kerjasama dua hala dan isu-isu berkaitan.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dengan Brunei.

Antaranya MoU berkenaan ialah melibatkan persempadanan tanah dan kerjasama pengangkutan.

Perbincangan itu bagi mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara yang ditunjangi institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya,bahasa dan warisan.

Pada tahun lepas,Brunei adalah rakan perdagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM9.31 bilion.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini,Malaysia mencatat jumlah dagangan sebanyak RM3.53 bilion dengan Brunei.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.