Pembangunan bakat AI antara cadangan dalam Belanjawan 2025

2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ BERNAMA

PETALING JAYA,27 Ogos- Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri serta Kementerian Pengajian Tinggi akan mengemukakan cadangan mengenai pembangunan bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,syor yang akan dibawa kepada Kementerian Kewangan itu diharap akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2025.

Jelasnya,kedua-dua kementerian akan berkongsi idea bagi menyokong pembangunan dan penerimaan AI yang berkembang pesat.

"Adalah penting untuk kita menyediakan industri dengan bakat yang berpengetahuan AI agar kita dapat bekerjasama memastikan bakat-bakat yang dilahirkan dari universiti dan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat latihan AI. Ini juga membolehkan kita mempunyai barisan bakat yang memadai apabila industri menggunapakai AI",katanya kepada pemberitaselepas berucap merasmikan Persidangan AI 2024 di sini hari ini.

Dalam ucapannya,Tengku Datuk Seri Zafrul berkata,Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Nexus Produktiviti memainkan peranan penting dalam memudahkan hubungan industri dan memperkasa perniagaan untuk menerima pakai AI.

Tambahnya,perniagaan yang mempercepat penggunaan teknologi AI akan lebih berdaya saing,seterusnya mengukuhkan kedudukan negara sebagai peneraju dalam landskap AI global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.