Malaysia hasrat tambah kuota haji kepada Arab Saudi

2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar menerima kunjungan hormat sempena lawatan rasmi rakan sejawat di Putrajaya semalam/Foto Facebook Menteri Agama

KUALA LUMPUR,27 Ogos - Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji bagi rakyat di negara ini.

Perkara itu dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dalam pertemuan rasmi beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Isnin.

Menurut beliau,permohonan itu dibuat dengan mengambil kira pertambahan populasi rakyat Malaysia yang semakin meningkat.

"Sesungguhnya lawatan ini mencerminkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi kepada keupayaan Malaysia sebagai contoh melalui kejayaan program Makkah Route pada Musim Haji yang lepas.

"Saya juga telah membangkitkan beberapa perkara penting,termasuk permohonan untuk menambah kuota jemaah Haji Malaysia agar lebih bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pertemuan yang berlangsung di pejabat Menteri Agama Putrajaya turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Rashid Hussain.

Na'im menyifatkan kunjungan itu dilihat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi,terutamanya dalam aspek pengurusan Haji.

"Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi akan memberikan manfaat kepada umat Islam," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.