Banjir di Perlis: 100 penduduk terjejas di Kampung Sempering

2024-08-28 berita.rtm.gov.my HaiPress

Banjir yang bermula sekitar pukul 3 pagi itu berikutan hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

KANGAR,28 Ogos- Sebanyak 20 buah rumah di Kampung Sempering,di sini melibatkan 100 penduduk terjejas akibat banjir.

Banjir yang bermula sekitar pukul 3 pagi itu berikutan hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

Menurut ADUN Sena,Marzita Mansor,sehingga kini keadaan air di sekitar kampung itu terus meningkat namun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan sehingga kini.

"Kita tengok dari segi keadaan cuaca yang hujan selama yang tak berhenti daripada kelmarin lagi. Lepas itu kalau kita lihat sistem perparitan juga memainkan peranan juga sebab kita tengok parit-parit di simpang Jalan Santan,jalan Repoh-Santan tidak diselenggara dengan baik. Jadi saya telah pun berhubung dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melihat masalah ini dan juga kita akan cari jalan penyelesaian," katanya.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau kawasan terjejas banjir sekitar Kampung Sempering bersama penduduk yang terlibat,di sini,hari ini.

Bantuan awal berupa barangan keperluan asas disalurkan kepada penduduk terjejas.

Penduduk yang menetap di kawasan rendah atau berisiko berlakunya banjir dinasihatkan supaya sentiasa waspada dengan situasi semasa berikutan hujan lebat yang melanda Perlis ketika ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.