Maybank Investment Bank tingkatkan sasaran FBM KLCI kepada 1,720 mata menjelang akhir tahun

2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 September - Maybank Investment Bank Berhad semak naik sasaran akhir tahun bagi indeks petunjuk utama FBM KLCI kepada 1,720 mata.

Peningkatan daripada sasaran terdahulu pada 1,680 mata itu didorong penilaian terhadap keseimbangan risiko selain pertumbuhan pendapatan teras dalam kebanyakan sektor.

Firma penyelidikan itu kekal optimis terhadap prospek di peringkat domestik,namun kekal berhati-hati mengenai faktor luaran.

Dalam tempoh terdekat,Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentangkan 18 Oktober ini bakal jadi tumpuan pasaran.

Selain itu,pemeteraian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada bulan berikutnya dan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menjelang tahun hadapan.

Dalam nota penyelidikan terkininya,Maybank IB turut menetapkan sasaran awal bagi FBM KLCI menjelang akhir tahun hadapan pada 1,840 mata.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.