Keputusan masuk UA lepasan STPM, setaraf diumum esok

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PUTRAJAYA,5 September-Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat sarjana muda sesi akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf,akan diumumkan esok.

Sijil setaraf STPM adalah Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM),matrikulasi,asasi dan diploma.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini,memaklumkan keputusan boleh disemak mulai pukul 12.00 tengah hari esok hingga 5.00 petang pada 15 September.

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautanhttps://jpt.utm.my,https://jpt.uum.edu.my,https://jpt.unimas.my,https://jpt.ums.edu.mydanhttps://jpt.umt.edu.myatau melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 hingga 15 September di laman sesawang UA masing-masing. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan UA kepada pemohon berjaya mulai 7 September selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.

KPT memaklumkan,hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dihttps://upu.mohe.gov.my.

Permohonan rayuan dibuka bagi tempoh 10 hari mulai 12.00 tengah hari pada 6 September hingga 5.00 petang 15 September.

Menurut KPT,tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan,manakala dasar pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA,Jabatan Pendidikan Tinggi,Aras 4,Menara 2,Jalan P5/6,Presint 5,62000 Putrajaya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.