Pasaran COMEX lemah, aktiviti ambil untung heret turun niaga hadapan emas

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,4 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung serta kelemahan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX),Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semasa September 2024 menguncup kepada US$2,493.50 setiap auns troy daripada US$2,523.70 setiap auns troy,semalam.

Selain itu,kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 kesemuanya ditutup lebih rendah pada US$2,495.80 setiap auns troy daripada US$2,526.00 setiap auns troy,sebelum ini.

Jumlah dagangan melonjak kepada 30 lot berbanding lapan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turut meningkat ketara kepada 62 kontrak daripada 36 kontrak,sebelum ini.

Harga emas fizikal pula berada pada US$2,479.80 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 3 Sept,2024.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.