MAHA 2024: Beri pendedahan kepada masyarakat peranan pesawah

2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Azman Mahmood/Foto RTM

SERDANG,13 September- Penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menjadi platform memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan pesawah dalam industri padi dan beras.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras,Datuk Azman Mahmoodberkata ia bertepatan dengan konsep penganjuran kali ini iaitu untuk memberi pengiktirafan kepada kira-kira 215,000 pesawah di seluruh negara.

Selain itu,turut dipamerkan termasuklah penggunaan teknologi dan inovasi dalam sektor penanaman padi untuk menarik minat golongan muda menceburi industri tersebut.

"Kita mengiktiraf seramai 215,000 pesawah kita di seluruh negara. Kita kumpulkan di MAHA ini,di laman padi supaya pesawah kita pada tahun ini kita temakan mereka sebagai 'Pesawah Pahlawan Kita',maknanya mereka adalah kalau tanpa pahlawan kita tidak ada padi dan beras dalam negara.

"Apa yang saya nak tonjolkan pada hari ini adalah kita tanam padi sebelum ini selama empat bulan sebelum MAHA ini berlangsung. Kita nak tunjuk pada masyarakat dan juga pada rakyat Malaysia bahawa Sekinchan yang kita ada sekarang ini yang terbaik dalam negara kita bawa ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program BERNAS@MAHA 2024 di Laman Padi Maeps Serdang,Selangor.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.