Konvoi Jelajah Aspirasi: Semarak perpaduan, lebih 2,000 penduduk dibantu

2024-09-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia Shaliza Mohd Sidek

RANAU,14 September- Sabah menjadi destinasi terakhir Konvoi Jelajah Aspirasi dan Inisiatif khidmat sosial korporat (CSR) bersempena Petron Malaysia Raikan Hari Malaysia.

Sejak dilancarkan 17 ogos lalu,konvoi tersebut bukan sahaja mempromosi semangat perpaduan,malah lebih 2,000 orang menerima manfaat menerusi aktiviti CSR yang dianjurkan. Ia membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM0.5 juta.

Turut menerima manfaat,penduduk Kampung Kebuh Baru dan Kampung Kipaliu.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia Shaliza Mohd Sidek memberitahu hasil kerjasama pengusaha stesen minyak Petron di Sabah,kakitangan RTM,rakan kongsi,dan pelajar sekolah,sistem bekalan air graviti di kampung berkenaan berjaya dinaik taraf.

"Projek ini berjalan sepanjang enam minggu dari 13 Julai dan kami telah memasang tiga unit tangki air berukuran 8000 liter di Kg. Kebuh Baru dan dua unit tangki berukuran 4000 liter di Kg. Kipaliu serta sistem paipnya untuk saliran air. Selain itu,kami juga memasangkan lampu jalan jenis solar di kawasan Kampung Kipaliu,serta memberikan barangan keperluan seperti tilam,pek makanan,baju dan selimut kepada para penduduk",katanya kepada RTM selepas perasmian penutup program di Kampung Kebuh Baru.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa Murid SK Mutiara yang memenangi pingat emas Dance World Cup,National Folk Dance,Prague,kategori Solo Nasional dan Budaya Rakyat Kanak-Kanak.

Dalam pada itu,Petron mengadakan MediCamp bersama Jabatan Kesihatan Ranau yang fokus terhadap kesedaran mengenai nyamuk AEDES dan demam denggi.

Turut disediakan pemeriksaan kesihatan percuma.

Sempena Bulan Kebangsaan juga,Petron lancar program 'Spin-The-Wheel’ Merdeka' serta menawarkan hadiah istimewa kepada pelanggan yang lahir pada 16 September yang berkunjung ke stesen minyak Petron pada hari berkenaan.

Pelanggan juga berpeluang memenangi minyak percuma setahun menerusi kempen yang akan bermula bulan depan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.