Perarakan sempena Maulidul Rasul 1446 Hijrah 2024 Peringkat Daerah Kluang disertai 35 kontinjen

2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Kanak-kanak tabika antara peserta Perarakan sempena Maulidul Rasul 1446 Hijrah 2024 Peringkat Daerah Kluang / FOTO RTM

KLUANG,16 September- Lebih 1,000 peserta membabitkan 35 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta daerah Kluang menyertai perarakan menyemarakkan sambut Maulidul Rasul 1446 Hijrah 2024 Peringkat Daerah Kluang di Masjid Bandar Kluang.

Sepanjang perarakan seluruh barisan kontinjen mengalunkan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W bagi menyuburkan semangat perjuangan dan menyemai ke cintakan terhadap baginda.

Perarakan bermula pada pada pukul 8 pagi sepanjang 350 meter bermula dari Pejabat Pendidikan Daerah Kluang hingga ke Masjid Bandar Kluang.

Perarakan diketuai oleh kontinjen Pejabat Daerah Kluang.

Seramai lebih 5,000 masyarakat tempatan hadir untuk menyemarakkan lagi program.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.