Sambutan Maulidur Rasul : Hampir 10,000 banjiri Dataran Labuan

2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO RTM

LABUAN,16 September- Hampir 10,000 orang terdiri daripada komuniti setempat dan peserta kontinjen perbarisan membanjiri Dataran Labuan pagi tadi bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah/2024 Masihi Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.


Senator Tan Sri Panglima Anifah Aman,Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan dalam ucapan perasmian yang dibaca oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek menyeru semua masyarakat agar bersama-sama menyemai rasa mahabbah yang berterusan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW,meningkatkan ketakwaan kepada Allah,dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.


72 kontinjen membabitkan 4,500 peserta berarak sekitar bandar Labuan.


10 kategori dipertandingkan meliputi jabatan kerajaan,masjid dan kampung,pelbagai peringkat sekolah,agensi Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta unit beruniform.


Selain perarakan,turut diadakan ceramah oleh pendakwah jemputan Ustaz Dasat Latif.


Juara keseluruhan sepanduk dan perarakan dimenangi oleh kontinjen Masjid Al-Munawwar Kampung Pohon Batu.


Program dianjur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.