Johor meterai MoU bernilai RM83.33 juta dengan pelbagai pihak

2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pavilion Johor sempena Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA)

SERDANG,17 September- Kerajaan Johor menerusi pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),memeterai memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM83.33 juta dengan pelbagai pihak,bagi menjayakan agenda keterjaminan makanan negeri.


Exco Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Datuk Zahari Sarip berkata,kerjasama strategik itu merupakan usaha kerjasama awam swasta dalam membangunkan sektor agromakanan di Johor.

Antara kerjasama dimeterai termasuk projek pembangunan tanaman agromakanan dan industri asas tani,pembangunan kualiti produk,perkongsian kepakaran dan teknologi.


Selain itu ia juga melibatkan pembangunan pusat pengumpulan,pemprosesan,pembungkusan danpengedaran,program pembiayaan petani kontrak,Pensijilan Global GAP dan sebagainya.


MoU itu dimeterai di Pavilion Johor sempena penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di sini.


Pelbagai inovasi dan pertanian pintar dipamer sepanjang program berlangsung,termasuk pameran 18 agensi atau jabatan,jualan produk,audio siar (podcast) bersama-sama pengusaha dan persembahan kebudayaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.