Lebih 3,000 bungkus laksa, kuetiau dirampas di Perak

2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto KPDN Perak

SUNGAI SIPUT,19 September- Sebanyak 3,020 bungkus produk laksa dan kuetiau dirampas kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah di sebuah kilang pemprosesan makanan di Sungai Siput,Perak,semalam.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Kamalludin Ismail berkata ia dipercayai untuk edaran jualan sekitar Perak dan Pulau Pinang.

Pemilik premis gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Sehubungan itu,satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

"Operasi Bersepadu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar,Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

"Sebanyak 3,020 bungkus produk laksa dan kuetiau siap dibungkus dan tiga gulungan bekas plastik tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan telah disita.


"Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM5,000," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 8(a),Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.


Selain itu,pihaknya turut mengesan dua kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 melibatkan kompaun sebanyak RM1,000.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.