Amaran angin kencang di Kedah komuniti maritim perlu waspada

2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah,Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak

ALOR SETAR,19 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan orang awam dan komuniti maritim agar berwaspada dengan ramalan cuaca semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti di pantai dan laut.

Amaran dikeluarkan berikutan keadaan ribut yang dijangka melanda perairan di utara negeri sepanjang minggu ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah,Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak,berkata komuniti maritim,terutamanya nelayan bot kecil,pengusaha bot pelancong,dan penumpang,perlu mengambil berat tentang keadaan cuaca dan laut bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda mereka.

"Ini bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku berikutan keadaan ribut yang dijangka melanda kawasan perairan negeri di utara sepanjang minggu ini.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora boleh membawa risiko tinggi kepada aktiviti rekreasi pantai dan laut dan kami berharap komuniti maritim akan berhati-hati," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia juga mengingatkan pengusaha bot pelancong untuk mematuhi peraturan laut yang telah ditetapkan,termasuk tidak melebihi kapasiti penumpang maksimum dan memastikan jaket keselamatan disediakan.

Sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.