100 rumah di Sik rosak dibadai ribut

2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anggota APM memotong batang dan dahan pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Sik,Kedah/Foto Ihsan APM Daerah Sik

SIK,19 September - Kira-kira 100 buah rumah di dua mukim di sini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang melanda,petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik,Leftenan (Pertahanan Awam) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata,ia melibatkan 73 rumah di Mukim Sik dan 27 rumah di Mukim Jeneri.

Katanya,sehingga pukul 10 pagi tadi,Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik merekodkan 81 kejadian pokok tumbang.

"Kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan dinding akibat dihempap pokok manakala sebahagian lagi diterbangkan angin.

"Alhamdulillah,kerjasama agensi penyelamat APM,Bomba dan Rela,orang awam serta NGO Khidmat Malaysia Kawasan Sik berjaya menyelesaikan sebahagian besar insiden," katanya.

Hujan berterusan sejak 15 September lepas menjadi faktor berlakunya pokok tumbang susulan struktur tanah lemah ditambah angin kencang,sejak semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ribut Perlis : 29 buah rumah terjejas sehingga kini

15 rumah terjejas akibat ribut di Perlis

Lebih 500 penumpang feri terkandas akibat ribut

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.