PM arah sekolah yang dijadikan PPS diberi kelonggaran cuti tambahan

2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri melakukan tinjauan ke PPS di Kedah/ Foto facebook Anwar Ibrahim

ALOR SETAR,21 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) diberi kelonggaran cuti tambahan sehingga keadaan banjir pulih.


Beliau bagaimanapun berkata,guru di sekolah terbabit diminta menyediakan bahan pembelajaran dan kerja rumah yang perlu disiapkan pelajar sebelum sesi persekolahan bermula.


Menurut Datuk Seri Anwar,bagi pelajar Tingkatan Lima pula,mereka perlu meneruskan sesi persekolahan kerana terbabit dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sesi persekolahan saya serahkan kepada Menteri Pendidikan,namun pelajar Tingkatan Lima harus kekal di sekolah.

"Untuk sesi persekolahan,kalau terbeban dengan masalah penempatan,tentunya Menteri Pendidikan akan memberikan kenyataan supaya memberikan sedikit kelonggaran,cuti tambahan bagi pelajar. Tetapi saya tekankan bahawa dia bukan cuti,bekerja dari rumah.

"Jadi dimana ada saluran untuk sampaikan pembelajaran,saya tidak mahu masa belajar itu dijadikan cuti. Jadi,kalau pun tidak dapat masuk ke sekolah... Mesti guru-guru tetapkan kerja rumah disiapkan sebelum dibuka semula sekolah",ujar Datuk Seri Anwar.


Sesi persekolahan di negeri itu,sepatutnya bermula esok,selepas cuti pertengahan penggal yang bermula 13 September lalu,tamat hari ini.


Dalam pada itu,setakat pukul 3.00 petang,lebih 7,700 penduduk telah dipindahkan ke 43 PPS di enam daerah di negeri Kedah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.