CCA tangani pertindanan tanggungjawab pihak berkuasa

2024-10-20 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,19 Oktober - Akta Kredit Pengguna (CCA) akan dapat menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM),pada masa sama ia turut mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.

Pembentangan CCA dijadualkan berlangsung pada sidang Parlimen akan datang.

Apabila akta itu diluluskan,Suruhanjaya Kredit Pengguna akan ditubuhkan sebagai pihak berkuasa baharu.

"Suruhanjaya itu akan mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit di negara ini. Ini termasuk pelbagai entiti yang tidak tertakluk pada mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan seperti syarikat yang menawarkan ciri 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' (BNPL) serta agensi pengutip hutang," menurut kenyataan.

Sementara itu pelbagai inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang melibatkan bank pusat dan institusi kewangan.

Antaranya,peruntukan RM3.8 bilion untuk menyokong pendigitalan dan automasi,penerapan amalan lestari dan rendah karbon serta meningkatkan pengeluaran agromakanan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.