2024-11-26 HaiPress
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir
KUALA LUMPUR,26 November- Bilangan akaun yang dipotong akibat kegagalan membayar bil serta tunggakan elektrik meningkat tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan sehingga September 2024,bilangan akaun yang dipotong meningkat kepada 627,491,dengan jumlah tunggakan melebihi RM1 bilion.
Manakala,sebanyak 464,76 akaun telah dipotong dengan jumlah tunggakan sebanyak RM945,435,794.07 direkodkan pada tahun 2023.
"Kemungkinan sebab-sebab berlakunya kelewatan pembayaran... ini kerana di pihak pengguna antaranya kekangan kewangan,yang kedua yang menjadi masalah sikap tidak bertanggungjawab,kebanyakan nama pengguna berdaftar bukannya pemilik premies,kes lari dan sebagainya.
"Ketiga,mungkin kerana pembayaran bil TNB selalunya adalah senarai terakhir",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Bagi tahun ini,lima negeri mencatatkan jumlah akaun serta tunggakan tertinggi iaitu Selangor,Kuala Lumpur,Perak,Johor dan Terengganu.
Berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990,TNB boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan semula jumlah tertunggak melalui peringatan,perbincangan dengan pengguna dan sekiranya tiada jalan penyelesaian dicapai,pemotongan bekalan elektrik terpaksa dilaksanakan.