KPT komited jadikan Festival Idea acara tahunan

2024-11-27 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir / Foto Bernama

PUTRAJAYA,27 November – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menjadikan Festival Idea sebagai acara tahunan untuk mengangkat Putrajaya sebagai The City of Ideas,sekali gus merakyatkan idea dan pendidikan tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata penganjuran Festival Idea buat julung kalinya di Putrajaya tahun ini,menghimpunkan lebih 80 pemimpin,pakar bidang,ahli akademik dan pemain industri dalam forum serta sidang selari.

“Sebagai tanda komitmen,KPT akan meneruskan Festival Idea ini setiap tahun. Kerajaan Madani di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal teguh memperjuangkan tradisi ilmu dan pencerahan idea untuk melahirkan masyarakat berilmu,berakhlak dan berdaya saing,” katanya ketika merasmikan acara tersebut dalam Sidang Idea Malaysia (MYIDEAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,di sini.

Acara tersebut turut menampilkan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri sebagai panel forum,termasuk Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.

Esok,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bersama dua panel lain untuk membincangkan topik Idea Anak Muda Malaysia dalam Putrajaya FOI Talk.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.