Banjir 9 daerah Kelantan: 6,283 penduduk terjejas banjir setakat 1 petang

2024-11-27 HaiPress

JBPM memindahkan penduduk terjejas banjir di Kampung Baroh Pial dan Kampung Mekong,Rantau Panjang,Pasir Mas.

KOTA BHARU,27 November – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan sembilan daerah di Kelantan terjejas banjir,dengan jumlah penduduk meningkat mendadak dengan melibatkan 6,283 penduduk pada 1 petang tadi.

Menurut Info Bencana JKM,kesemua penduduk terjejas banjir ditempatkan di 67 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah diaktifkan di seluruh negeri.

Pasir Puteh menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,155 mangsa daripada 403 keluarga berlindung di 12 PPS,diikuti Kota Bharu dengan 589 mangsa di 11 PPS,dan Bachok dengan 519 mangsa di empat PPS.

Daerah lain yang turut terjejas adalah Pasir Mas (515 orang),Kuala Krai (510 orang),Tumpat (471 orang),Jeli (448 orang),Tanah Merah (265 orang),dan Machang (194 orang).

Sementara itu,portal Public Info Banjir JPS melaporkan lima sungai utama di Kelantan telah melepasi tahap bahaya dengan aras air terus meningkat.

Sungai tersebut termasuk Sungai Melor di Jambatan Melor (Bachok),Sungai Air Lanas (Jeli),Sungai Golok (Rantau Panjang),Sungai Semerak (Pasir Puteh),dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan (Machang).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.