2024-11-28 HaiPress
Foto RTM
MARAN,28 November-Empat lelaki berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba Maran selepas terperangkap disebabkan jalan ditenggelami air di kawasan ladang kelapa sawit di Mantau Balak Seri Makmur,di sini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Zulfadli Zakaria berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada pukul 11.52 malam.
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama tiga jentera segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.
Sebaik tiba di lokasi,pasukan bomba mendapati jalan terbabit ditenggelami air sehingga paras pinggang.
Menurutnya,semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Dua anggota polis turut berada di lokasi kejadian.