Amaran hujan berterusan di lapan negeri sehingga esok

2024-11-29 HaiPress

Foto fail RTM

KUALA LUMPUR,29 November -Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok melibatkan lapan negeri,iaitu Kelantan,Terengganu,Perak,Pahang,Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Johor.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan,khususnya di Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Terengganu.

Hujan lebat berterusan tahap buruk pula diramal melanda Perak (Hulu Perak),Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Jerantut,Maran,Kuantan,Pekan dan Rompin) dalam tempoh yang sama.

Selain itu Hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Perlis,Pulau Pinang,Perak (Kerian,Larut,Matang dan Selama,Kuala Kangsar,Kinta dan Kampar),Pahang (Cameron Highlands,Lipis,Raub,Bentong,Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat,Mersing dan Kota Tinggi).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan,aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi METMalaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.