2024-11-29 HaiPress
Pasar Terapung Pulau Sri Tanjung,Tumpat ditenggelami air
KUALA LUMPUR,29 November- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat (PKOB) bagi menyelaras dan memantau operasi menyelamat serta pengurusan penduduk terjejas banjir di lapangan.
NADMA dalam satu kenyataan memaklumkan PKOB Pusat diaktifkan untuk menyelaras semua PKOB negeri yang sedang mengurus bencana banjir termasuk aset-aset dan keperluan logistik.
"Memandangkan jumlah mangsa telah meningkat secara mendadak di Kelantan,pihak PKOB negeri telah memohon khemah tambahan Collapsible Tenat (C-Tent).
"Aset-aset dari PKOB Pusat untuk ditempatkandi pusat pemindahan sementara (PPS). Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula telahmemohon tambahan makanan retort sebanyak 50,000 unit untuk diagihkan di PPS," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu Pasukan Khas Mencaridan Menyelamat Malaysia (SMART) digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di negeri-negeri terjejas.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan lebat berterusan hingga 30 November berkemungkinan boleh menyebabkan banjir lebih besar khususnya di Terengganu dan Kelantan.
Semua aset telah digerakkan untuk menghadapi bencana yang lebih serius sekiranya berlaku.
"Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA pada pukul 6.00 pagi,29 November jumlah penduduk terjejas yang ditempatkan akibat banjir di seluruh negara adalah seramai 80,589 orang daripada 24,647 keluarga," tambah kenyataan itu.
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA juga beroperasi 24 jam setiap hari bagimemantau dan menyediakan laporan terkini situasi banjir di seluruh negara sebagai rujukan semua pihak.
Selain itu kesiapsiagaan menghadapi bencana di negeri-negeri terkesan dikoordinasi olehJawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).Ketika ini keadaan di semua lokasi banjir adalah terkawal.
Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan sentiasa berjaga-jaga selain peka dengan pengumuman melalui media massa dan arahan pihak berkuasa.
Maklumat dan amaran cuaca bolehdiperolehi melalui aplikasi myCuaca,serta MET Malaysia Hotline di talian 1-300-22-1638 dan portal bencana nadma di www.portalbencana.nadma.gov.my .