KUSKOP & Tiktok jalin kerjasama promosi, pasar produk usahawan secara dalam talian

2024-12-01 HaiPress

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick / FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU,1 Disember- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan bekerjasama dengan salah satu perkhidmatan rangkaian media sosial di negara ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama tersebut bagi membantu usahawan perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) mempromosi dan memasarkan produk mereka secara dalam talian.

''Peringkat Kementerian khususnya melalui TEKUN Nasional kita telah mengadakan kerjasama dengan Tiktok Malaysia dan mudah-mudahan bulan Februari tahun hadapan saya akan dapat melancarkan studio Tiktok TEKUN yang pertama di Sabah,untuk memasarkan secara dalam talian,secara langsung di studio yang kita bangunkan ini," katanya.

SME Corp juga akan mewujudkan hab PMKS di Sabah dan Sarawak tahun hadapan bagi memberi ruang kepada usahawan di Wilayah Borneo memasarkan perkhidmatan dan produk mereka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.