2024-12-05 HaiPress
Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama 'sprmmalaysia' yang dikongsi SPRM
KUALA LUMPUR,5 Disember- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sebarang kaitan dengan akaun TikTok yang menggunakan nama dan logo rasmi SPRM tanpa tanda biru pengesahan.
"Penggunaan nama serta logo SPRM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah suatu tindakan yang menyalahi etika,mengelirukan masyarakat dan menjejaskan nama baik serta integriti SPRM sebagai sebuah institusi kerajaan," tegas SPRM dalam kenyataan.
Sehubungan itu,SPRM menyeru orang ramai berwaspada terhadap sebarang akaun palsu.
Bagi mendapatkan maklumat sahih,sila rujuk saluran rasmi SPRM di media sosial dan laman portal SPRM,menurut kenyataan.