2024-12-23 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,23 Disember- Bursa Malaysia Bhd mengesahkan,proses mencari pengganti Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Muhammad Umar Swift sedang dilaksanakan.
Pelan pembangunan bakat dan penggantian akan dilakukan,dengan mempertimbangkan calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat.
Justeru,Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan,sedang dalam proses memulakan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif.
Media sebelum ini melaporkan,Muhamad Umar yang juga Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia,sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatannya.