Kadar jangka pendek ditutup stabil

2025-01-09 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,8 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.80 bilion daripada RM19.64 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM25.40 bilion daripada RM25.10 bilion sebelum ini.

Awal hari ini,bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik: tender repo berbalik Islam (SBBA) dan tender repo berbalik semalaman.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM25.40 bilion,bagi tempoh matang satu hari.

Setakat 7 Jan,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.