ASEAN 2025: 61 unit Proton e.Mas 7 disediakan

2025-01-10 HaiPress

Foto Fail

SHAH ALAM,10 Januari- Sebanyak 61 unit Proton e.Mas 7 akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi delegasi utama,dalam usaha menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton,Roslan Abdullah berkata,selain model tersebut,ia termasuk 194 unit Proton X70 yang turut digunakan bagi keperluan delegasi berkenaan.

Jelasnya,semua penghantaran kereta itu dijangka akan selesai pada bulan ini.

"Yang kita dimaklumkan,ini adalah untuk membawa individu yang digelar sebagai ASEAN Senior Officials' Meeting (SOM). Kira pangkatnya seperti Ketua Setiausaha.

Dalam salah satu agenda ASEAN,ada aspek teknologi hijau. Maka,disebabkan itu kerajaan guna e-MAS 7 supaya apa yang dibincangkan dan apa yang digunakan secara tidak langsung selari dengan objektif perbincangan tersebut," kata Roslan kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran bilik pameran Proton e.MAS 7,di sini.

Sebelum ini,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi untuk mesyuarat ASEAN adalah bagi menunjukkan sokongan kerajaan terhadap penghasilan kereta elektrik pertama negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.