Bilangan penganggur berkurangan pada November 2024 - DOSM

2025-01-11 IDOPRESS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,10 Januari- Bilangan penganggur berkurangan kepada 546,700 orang pada November 2024.

Ini sekali gus menjadikan kadar pengangguran pada bulan berkenaan,kekal pada 3.2 peratus.

Menurut Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin,prestasi ekonomi Malaysia terus kukuh menjelang penghujung tahun lalu seterusnya menyumbang kepada kedudukan pasaran buruh negara yang semakin stabil.

Bilangan tenaga buruh pada November 2024 terus mengukuh,naik 0.1 peratus kepada 17.29 juta orang.

Kadar penyertaan tenaga buruh tidak berubah,kekal pada 70.5 peratus seperti direkodkan bulan sebelumnya.

Prestasi tenaga buruh negara dilihat terus berada dalam kedudukan kukuh pada bulan-bulan berikutnya,susulan ekonomi negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan stabil.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.