KPN bantu penunggang motosikal kemalangan

2025-01-16 HaiPress

Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal terlibat kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban

KUALA LUMPUR,16 Januari- Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal terlibat kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban pagi tadi.

Beliau bersama pegawainya turut mengawal aliran trafik serta membantu mangsa hingga dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku pukul 7.37 pagi,ketika beliau dalam perjalanan dari kediamannya menuju Bukit Aman untuk menghadiri Perhimpunan Bulanan.

Penunggang motosikal yang juga anggota RELA berada di lorong kiri sebelum mengubah haluan ke lorong kanan.

Pada masa sama,sebuah kereta menukar haluan ke lorong kanan dan mengakibatkan mangsa tidak sempat membrek lalu terlanggar bahagian belakang sebuah kereta.

Difahamkan mangsa berusia 50-an itu cedera di kaki dan luka di tangan. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Cancelor Tuanku Muhriz UKM untuk rawatan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.