2025-01-20 IDOPRESS
Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 Januari- Sambutan perayaan Pongal bagi kawasan Lembah Pantai dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai meluangkan masa bersama komuniti India setempat berharap sambutan tradisi itu dapat mengeratkan hubungan di samping meningkatkan pemahaman dan persefaham dalam kalangan rakyat.
"Harapan saya,acara seperti ini dapat meningkatkan persefahaman mengenai kebudayaan dan juga susur galur sejarah peradaban selain daripada memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat.
Saya melihat ada peri pentingnya untuk saya bersama sebagai seorang pemimpin untuk bersama dengan komuniti yang menyambut festival Pongal sebagai juga tanda sokongan saya buat komuniti," kata Fahmi kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui media selepas menghadiri sambutan perayaan Pongal di Kuala Lumpur.
Katanya,penganjuran program sebegitu bukan saja mendekatkan wakil rakyat dengan komuniti setempat,malahan menjadi platform menyelesaikan isu dan masalah dalam komuniti.
Beliau turut diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Mano Verabathran sebelum mula menyediakan hidangan tradisional Ponggal.
Sambutan perayaan kebudayaan masyarakat India itu turut dimeriahkan dengan pertandingan memasak Pongal yang mendapat penyertaan seramai 50 buah keluarga.