Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

2025-01-22 HaiPress

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,22 Januari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM28.78 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.44 bilion bagi dana Islam.

Hari ini,bank pusat berkenaan akan menawarkan satu tender repo berbalik RM2 bilion bagi tempoh tujuh hari.

Selain itu,BNM mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik,jual dan belian semula serta kemudahan komoditi Murabahah Bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM20.4 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.