KEMAS-AKM tubuh 'task force' laksana program anak muda luar bandar

2025-02-06 HaiPress

Ketua Pengarah KEMAS,Datuk Mohd Hanafiah Man,mengunjungi Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM),Datuk Dr. Roslan Hussin,di pejabatnya di Putrajaya bagi membincangkan kerjasama strategik rentas agensi/Foto Facebook KEMAS

PUTRAJAYA,5 Februari - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersetuju menubuhkan task force (pasukan petugas) bersama bagi melaksanakan program kemasyarakatan yang lebih berkesan,khususnya dalam pembangunan anak muda luar bandar.

Ketua Pengarah KEMAS,berkata usaha rentas agensi itu bukan sahaja untuk memperkasa pembangunan luar bandar tetapi turut memberi fokus kepada pembentukan generasi muda yang berjati diri.

"Kita mahu anak-anak muda luar bandar dibangunkan potensinya dan paling utama mereka akan membentuk masyarakat masa hadapan yang mempunyai jati diri,beradab,dan menjunjung nilai-nilai insani

"Dengan pendekatan rentas agensi ini usaha membangunkan masyarakat khususnya di luar bandar akan lebih berkesan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata,inisiatif ini selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,yang mahu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengamalkan pendekatan cross-functional dengan memanfaatkan kekuatan setiap bahagian di bawah satu payung.


Ini merangkumi pendidikan,ekonomi,keusahawanan,dan reformasi birokrasi.

Agensi di bawah selian KKDW adalah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP),Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Kampung Orang Asli (JPPKOA),Angkatan Pertahanan Awam (APM),dan KEMAS.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.