Malaysia-Uzbekistan perluas kerjasama, tumpu bidang perdagangan & pelaburan

2025-02-06 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Februari- Malaysia akan memperluas kerjasama strategik dengan Uzbekistan terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu akan mengambil kira kekuatan serta jalinan kerjasama yang kukuh antara kedua-dua negara.

"Kami melihat komitmen Uzbekistan dan Malaysia.

"Kita perlu meningkatkan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan,pelaburan dalam teknologi makanan dan teknologi hijau," katanya dalam ucaptama Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia 2025 di ibu negara.

Anwar turut meraikan kedatangan Presiden Uzbekistan,Shavkat Mirziyoyev dalam satu majlis makan malam yang dihoskan PETRONAS di Menara Berkembar PETRONAS (KLCC).

Sejurus tiba pada pukul 6.15 petang,kedua-dua pemimpin diiringi Presiden PETRONAS,Tan Sri Tengku Muhammad Taufik bagi sesi lawatan ke KLCC sebelum memasuki ruang jamuan makan malam.

Terdahulu,dalam kenyataan bersama oleh Anwar dan Mirziyoyev,Uzbekistan menzahirkan minat untuk meneroka kerjasama dengan PETRONAS.

Mirziyoyev turut menyatakan hasrat ingin menjalinkan kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau.

Hasrat tersebut disambut positif dan demi menjayakan inisiatif itu,Malaysia akanmenyediakan kepakaran daripada sudut sokongan teknikal,pertukaran maklumat dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.

Pada masa yang sama,PETRONAS dapat meneroka peluang dalam projek pelaburan demi keuntungan kedua-dua pihak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.