Pengeluaran MSM diunjur meningkat 19.5 juta tan- MPOB

2025-02-08 IDOPRESS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,8 Februari-Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diunjur meningkat 19.5 juta tan tahun ini,berbanding 19.35 juta tan pada 2024.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata,unjuran berdasarkan trend peningkatan dicatatkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan.

Ramalan positif itu turut didorong keadaan tenaga buruh sektor itu yang kembali stabil.

"Kita mengharapkan kebanyakan pekebun dan juga estet-estet mula melakukan maintenance atau pembajaan perumpaian yang baik.

"Kita harap ia akan dapat meningkatkan hasil. Jadi,peningkatan hasil akan membantu dengan peningkatan eksport," katanya kepada RTM.

Tambahnya,eksport minyak sawit negara pula dijangka tumbuh 2.4 peratus kepada 17.3 juta tan tahun ini.

Manakala,nilai eksport komoditi itu dijangka melonjak sebanyak 9.8 peratus kepada RM120 bilion daripada RM109.33 bilion pada 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.