Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Padang Terap

2025-02-10 IDOPRESS

Foto JBPM

PENDANG,9 Februari - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Padang Terap di Titi Chegar,di sini lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata,pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang mangsa dilaporkan lemas di dalam sungai pada pukul 7.16 petang dan jentera tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi,terdapat sebuah motorsikal jenis Modenas Kriss berada di dalam sungai.

"Ketua Operasi lapor terima maklumat daripada saksi kejadian memaklumkan melihat seorang mangsa lelaki anggaran umur 17 tahun,lemas," kata Muhammad Ezzat menerusi kenyataan.

Katanya,tindakan penyelamat membuat carian di permukaan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Jitra telah diaktifkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.