Malaysia terus perkukuh pasaran minyak sawit ke Asia Tengah

2025-02-12 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,12 Februari- Kementerian Perladangan dan Komoditi,menerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC),terus komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah.

Dalam masa yang sama,Malaysia terus meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.

Jelas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin,tahun lepas Pakistan mengimport sebanyak 860,260 tan minyak sawit.

Produk berasaskan sawit Malaysia kekal sebagai antara 10 negara pengimport terbesar minyak sawit di dunia.

"Asia Tengah merupakan destinasi eksport penting bagi minyak sawit Malaysia.

"Pada tahun 2024,eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke negara-negara di Asia Tengah iaitu Uzbekistan,Kazakhstan,Tajikistan,Kyrgyzstan,dan Turkmenistan berjumlah 54,665 tan,dengan nilai sebanyak RM288.23 juta.

"Bahagian eksport Malaysia ke pasaran Pakistan dijangka kekal antara 18 hingga 25 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit di negara tersebut,bergantung kepada dinamik harga dan keadaan semasa pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin,Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat di sini mengenai usaha terbaharu Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam menjadikan negara sebagai pemain industri terbesar yang membekalkan minyak kelapa sawit ke Asia Tengah.

Sementara itu,menurut beliau,satu perbincangan bersama Pengerusi Lembaga Pelabuhan Qasim (Port Qasim Authority) di Pakistan telah diadakan.

Ia bagi memudahkan pengedaran minyak sawit dengan lebih pantas dan cekap ke rantau Asia Tengah,secara tidak langsung dapat mengurangkan masa transit dan kos eksport minyak sawit negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.