5,026 laman sesawang judi disekat sejak 2022 - 1 Februari 2025

2025-02-13 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,13 Februari- Sejumlah 5,026 laman sesawang judi telah disekat sejak 2022 hingga 1 Februari lalu.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet turut berjaya menurunkan sebanyak224,403 kandungan perjudian di media sosial bagi tempoh sama.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah berkenaan,209,006 kandungan perjudian bersamaan 93.14 peratus berjaya diturunkan menerusi media sosial Facebook.


"Bagi memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari buat pengguna,MCMC telah mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bermula 1 Januari 2025," katanya.

Langkah itu bagi memastikan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang berdaftar mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 serta mengamalkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang telah diterbitkan oleh MCMC.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Rengas,Kapten Azahari Hasan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.