AirBorneo, revolusi baharu pengangkutan udara Sarawak

2025-02-13 HaiPress

Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim

KUCHING,13 Februari- Syarikat penerbangan AirBorneo dijangka akan menjadi penanda aras baharu kepada syarikat penerbangan lain di Sarawak.

Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim berkata,kewujudan Air Borneo bukan sekadar menjadi pesaing dalam industri itu malah merancakkan industri pengangkutan.

Menerusi kuasa menentu laluan oleh kerajaan Sarawak,beliau percaya syarikat penerbangan lain juga akan merangka strategi baru dalam meningkatkan akses udara di negeri itu.

"Kalau dahulu kita tiada hak istimewa,tetapi kini kita memilikinya," katanya.

Datuk Sri Abdul Karim menjelaskan perkara itu kepada media di Kuching pagi tadi.

Semalam,Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan nama syarikat penerbangan milik Sarawak,AirBorneo yang dijenamakan semula selepas kejayaan pengambilalihan dari MASwings.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.